Bagaimana Nak Pilih Nama Jenama?

Memilih nama jenama yang tepat adalah salah satu elemen penting dalam membangunkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan anda. Ini kerana nama jenama anda adalah identiti utama produk atau perkhidmatan tersebut.

1. Mudah diingat dan disebut

Pilih nama jenama yang mudah diingat dan disebut oleh pelanggan. Nama jenama yang panjang atau sukar diucapkan akan menyukarkan pelanggan menyebut dan seterusnya menjadikan mereka sukar untuk mengingat jenama anda. Lebih teruk sekiranya nama tersebut sentiasa salah disebut, boleh menyebabkan jenama anda menjadi bahan jenaka pula. Pilih nama jenama yang mudah diucapkan, ringkas dan mudah diingat.

2. Tidak mengandungi unsur negatif

Pastikan nama jenama anda tidak mengandungi unsur negative, terutamanya yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana orang. Begitu juga dengan nama yang mungkin mempunyai maksud yang buruk dalam bahasa lain. Seeleoknya, semak maksud nama tersebut termasuk sebutan terdekat yang mungkin boleh menjadi isu di tempat atau negara lain.

2. Buat kajian pasaran

Sebelum memilih nama jenama, buat kajian pasaran terlebih dahulu. Ini akan membantu anda mengetahui nama jenama mana yang popular dan mudah diingat oleh pelanggan. Anda juga boleh membuat kajian mengenai nama jenama pesaing anda untuk mengelakkan nama jenama yang hampir sama atau sukar dibezakan.

Need to discuss about your project? Whatsapp Us Here.